Friday 18 November 2011

Hasil Kerja Murid - CONTOH KOLAJ



Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik kolaj boleh dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan asas. Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakan teknik kolaj dengan menggunakan media campuran.





Bahan–bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan kolaj ialah seperti carikan kertas, keratan akhbar, kepingan besi , cebisan kain/perca dan juga kepingan–kepingan nipis yang lain. Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpul dan menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu.

Refleksi : Menghasilkan kolaj adalah salah satu aktiviti paling mudah dan amat digemari oleh murid-murid. Aktiviti ini tidak memerlukan daya imaginasi yang tinggi seperti melukis mahu pun mewarna gambar. Sebaliknya kolaj hanya perlu menampal bahan yang terpilih serta membuat rekabentuk kolaj yang diinginkan. Kolaj yang menarik tidak semestinya terlihat daripada kesempurnaan bentuk yang terhasil. Apa yang penting adalah bagaimana seseorang murid itu menggunakan bahan yang ada bagi menimbulkan kesan kolaj yang menarik.

 

No comments:

Post a Comment