Wednesday, 16 November 2011

Contoh RPH KSSR PENDIDIKAN KHAS




Contoh Rancangan Pengajaran Harian 
Pendidikan Seni Visual
(MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk                                        : 1. Melukis dan menggambar
Masa                                         : 30 minit
Tunjang Utama                          : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan                 : 1.6  Melukis menggunakan alatan seni lukis
Standard Pembelajaran              : 1.6.2  Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni lukis
Tunjang lain yang disepadukan   : Keterampilan Diri
Objektif                                     : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal nama buah-buahan serta
                                                  menunjukkan hasil kerja kepada guru dan rakan-rakan.
Nilai                                         : Kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, bersyukur dan kerajinan.
                                                             
LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi

- Guru memberikan teka-teki yang mudah  
  berkaitan buah-buahan kepada murid.       
      - Teka-teki untuk murid;
           Apakah nama buah yang mempunyai banyak
        duri?
        Buah apakah yang mempunyai mahkota di atas        
        kepalanya?   
      - Murid diberi penerangan tentang buah-buahan 
        berdasarkan teka-teki tadi.
      - Murid diberi penerangan tentang khasiat yang 
        terkandung dalam buah-buahan.

Carta gambar


Langkah 1 

      -  Murid ditunjukkan model buah-buahan plastik 
      seperti epal, oren, pisang, durian dan sebagainya.
      Murid diminta melihat dan menceritakan serba 
      ringkas ciri-ciri yang terdapat pada buah-buahan 
     yang ditunjukkan. Contohnya jenis warna dan rasa buah-buahan tersebut.
      - Murid akan memberitahu ciri-ciri tersebut 
      berdasarkan model buah yang ditunjukkan. 
       
  

Model buah
Carta gambar


Langkah 2

      -  Murid berada di tempat duduk masing-masing.
     -  Guru menampal beberapa keping carta gambar 
       buah-buahan pada papan tulis.
      -  Murid dikehendaki melukis serta mewarnakan 
       gambar berdasarkan contoh yang ditunjukkan.
     -  Guru mengedarkan kertas lukisan.
     -  Murid menyiapkan lukisan untuk dipamerkan.

Kertas lukisan
Pensel warna


Langkah 3

- Murid mempamerkan lukisan yang telah siap 
  kepada guru serta rakan-rakan.
- Murid menyebut nama buah yang telah siap 
  dilukis dan diwarnakan.

Hasil kerja murid
Model buah
Carta gambar


Penutup

- Murid menyanyikan lagu ‘Buah-buahan’ sambil melakukan aksi bentuk buah-buahan bersama guru.

Model buah



Refleksi : 
Aktiviti berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah yang disampaikan oleh guru. Namun ada juga sebilangan kecil murid yang memerlukan bimbingan secara individu daripada guru. Hasil kerja yang ditunjukkan oleh murid-murid juga agak memuaskan. Mereka turut berasa seronok serta berpuas hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti P&P pada hari ini





Contoh Rancangan Pengajaran Harian 
Pendidikan Muzik
(MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk                                        : 4. Kraf
Masa                                        : 60 minit
Tunjang Utama                         : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan                : 4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi
Standard Pembelajaran             : 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
Tunjang lain yang disepadukan  : Keterampilan Diri, Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif                                   : Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan kraf kipas tangan
Nilai                                        : Keberanian, kerjasama, berterima kasih dan kerajinan.
LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi

         - Murid menonton tayangan video tarian kipas.
      -Murid mendengar penerangan guru tentang tarian  
       kipas.
    - Murid melihat contoh kipas seperti yang digunakan dalam tayangan video tersebut.

VCD tarian kipas
Kipas tangan


Langkah 1

     - Murid mendengar penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan.
    Murid melihat beberapa kipas tangan pelbagai warna yang diletakkan di atas meja.
     - Murid mengambil satu bilah kipas tangan untuk dilihat.
         -  Murid cuba menggunakan kipas tangan tersebut.
     - Murid membantu guru menggantung kipas tangan di papan putih sebagai contoh hasil kerja.

Kipas tangan
Pita pelekat


Langkah 2

   - Murid mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kipas tangan dari meja guru.
    - Murid mendengar arahan tentang langkah-langkah  menghasilkan kipas tangan satu persatu.
    - Murid melakukan aktiviti melipat kipas tangan secara berperingkat dengan bimbingan guru.
      - Murid membuat lipatan sehingga selesai.

Kertas A4


Langkah 3

- Murid beratur untuk mengambil gam, gunting dan penebuk lubang.
- Murid memilih beberapa keping kertas warna untuk ditebuk.
- Murid menghias kipas menggunakan hasil kertas warna yang sudah ditebuk.

Kertas warna
Gam
Gunting
Penebuk lubang


Penutup




- Murid menunjukkan kipas tangan yang telah dihasilkan.
- Murid mempamerkan hasil kerja di sudut pameran.

Hasil kerja murid


                       







Refleksi : 
Aktiviti berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya tayangan video tentang kegunaan kipas tangan tadi, murid-murid dapat menggunakan semula hasil kerja mereka untuk tujuan yang sama. Secara keseluruhannya, murid-murid telah mempamerkan hasil kerja yang memuaskan. Mereka turut berasa seronok serta berpuas hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti P&P pada hari ini





RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 
KSSR TAHUN 2
(MASALAH PENDENGARAN)


Mata Pelajaran dan Kelas  :           Bahasa Isyarat Komunikasi  - Tahun 2
Tema dan Topik                :           Huruf dan Angka
Masa                                :           07:20 pagi – 08:20 pagi (1 jam)
Standard Pembelajaran     :           1.2 dan 2.1
Objektif Pembelajaran       :           Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i.              Membentuk dan mengisyaratkan kod angka (1  hingga 50)
ii.            Memadankan angka dengan kod isyarat.
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
1.    Murid bermain permainan “Nujum Pak Belalang” dan meneka kuantiti di dalam genggaman guru. (Frasa Persediaan)
2.    Murid menyusun kad angka secara menaik dan menurun di papan tulis.(Frasa Imaginasi)
3.   Murid mengisyaratkan nombor puluh, ratus dan ribu dengan betul.                    (Frasa Perkembangan)
4.    Murid memadankan angka dan isyarat yang betul.(Frasa Tindakan)

EMK                              :        Kreativiti, Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
Bahan Bantu Belajar /      :       Guli, komputer riba,  kad angka dan lembaran kerja
Media
Pentaksiran                     :       Menulis jumlah objek di dalam lembaran kerja.                          


Refleksi : 
2 orang murid dapat mencapai standard yang ditetapkan sementara 1 orang murid lagi akan diberi pemulihan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran. 





Contoh Rancangan Pengajaran Harian 
Bahasa Melayu
(MASALAH PEMBELAJARAN)



Tajuk                                      : 1. Kemahiran Mendengar
Masa                                      : 60 minit
Tunjang Utama                        : Komunikasi
Standard Kandungan                : 1.2  Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran             : 1.2.3  Mengecam bunyi kenderaan/benda
Tunjang lain yang disepadukan  : Literasi Sains dan Teknologi
Objektif                                   : Pada akhir pelajaran, murid dapat membunyikan 3 daripada 4 bunyi kenderaan.
Nilai                                        : Kerjasama
LANGKAH
AKTIVITI
BBM
CATATAN

Set Induksi

       - Murid mendengar bunyi siren ambulans.
      - Murid meneka bunyi yang didengar.

Pita rakaman


Langkah 1

         -  Murid melihat gambar kenderaan yang 
     ditunjukkan.
      -Murid menamakan gambar kenderaan yang dilihat.

Kad gambar



Langkah 2

  -Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi kenderaan.
       -Murid mengajuk bunyi yang didengar.
     -Murid meneka jenis kenderaan berdasarkan bunyi.

Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan


Langkah 3

-Murid menunjukkan model/gambar kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

Model/gambar
Pita rakaman


Langkah 4

-Murid melakonkan aksi memandu kenderaan sambil membunyikannya.
-Murid meneka jenis kenderaan yang dipandu.

Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan


Langkah 5

-Murid dibahagi kepada 2 kumpulan:
i. Kumpulan A : Menunjukkan model kenderaan
ii. Kumpulan B : Membunyikan bunyi kenderaan

Kad gambar



Langkah 6

-Murid mewarna gambar kenderaan berdasarkan contoh yang ditunjukkan.

Lembaran kerja


Penutup

-Murid mendengar lagu ‘Kereta Kecilku’
-Murid menyanyikan lagu tersebut sambil bertepuk tangan.

Model kenderaan




Refleksi : 
Aktiviti P&P berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid dapat meniru bunyi kenderaan berdasarkan kad gambar yang guru tunjukkan. Ada sebilangan murid yang masih keliru dengan bunyi yang dimainkan dalam pita rakaman. Bagaimanapun, mereka dapat mengenal jenis-jenis kenderaan  kerana sudah selalu melihat kenderaan di jalan raya. Secara keseluruhannya, murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberi melalui bimbingan serta bantuan guru

No comments:

Post a Comment

Post a Comment