Sunday 11 December 2011

Hasil Kerja Murid - CONTOH BUNGA HIASAN



Bekas menyimpan telur yang tidak digunakan lagi seringkali dibuang dan dibakar begitu sahaja. Apa salahnya mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan kepuasan dan keseronokan menggunakan bahan terpakai ini. Bekas telur boleh direka semula menjadi bunga hiasan. Selain mudah dan menarik, aktiviti ini tidak memerlukan kos bahan yang banyak.
Refleksi : Ini adalah contoh 'Bunga hiasan' yang dihasilkan oleh murid-murid bermasalah pembelajaran (slow learner) Program Pendidikan Khas Integrasi. Ianya diperbuat daripada bekas telur serta ranting kayu. Hasil seni ini diolah dan dihias mengikut kreativiti murid-murid itu sendiri. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mendedahkan mereka dengan cara memanfaatkan bahan-bahan terpakai untuk tujuan seni kreatif.

No comments:

Post a Comment