Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual
Tajuk : 1. Melukis dan menggambar
Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis
Standard Pembelajaran : 1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni lukis
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal nama buah-buahan serta
menunjukkan hasil kerja kepada guru dan rakan-rakan.
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, bersyukur dan kerajinan.
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi |
- Guru memberikan teka-teki yang mudah berkaitan buah-buahan kepada murid. - Teka-teki untuk murid; Apakah nama buah yang mempunyai banyak duri? Buah apakah yang mempunyai mahkota di atas kepalanya? - Murid diberi penerangan tentang buah-buahan berdasarkan teka-teki tadi. - Murid diberi penerangan tentang khasiat yang terkandung dalam buah-buahan. |
Carta gambar |
|
Langkah 1 |
- Murid ditunjukkan model buah-buahan plastik seperti epal, oren, pisang, durian dan sebagainya. - Murid diminta melihat dan menceritakan serba ringkas ciri-ciri yang terdapat pada buah-buahan yang ditunjukkan. Contohnya jenis warna dan rasa buah-buahan tersebut. - Murid akan memberitahu ciri-ciri tersebut berdasarkan model buah yang ditunjukkan. |
Model buah Carta gambar |
|
Langkah 2 |
- Murid berada di tempat duduk masing-masing. - Guru menampal beberapa keping carta gambar buah-buahan pada papan tulis. - Murid dikehendaki melukis serta mewarnakan gambar berdasarkan contoh yang ditunjukkan. - Guru mengedarkan kertas lukisan. - Murid menyiapkan lukisan untuk dipamerkan. |
Kertas lukisan Pensel warna |
|
Langkah 3 |
- Murid mempamerkan lukisan yang telah siap kepada guru serta rakan-rakan. - Murid menyebut nama buah yang telah siap dilukis dan diwarnakan. |
Hasil kerja murid Model buah Carta gambar |
|
Penutup |
- Murid menyanyikan lagu ‘Buah-buahan’ sambil melakukan aksi bentuk buah-buahan bersama guru. |
Model buah
|
|
Refleksi :
Aktiviti berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah yang disampaikan oleh guru. Namun ada juga sebilangan kecil murid yang memerlukan bimbingan secara individu daripada guru. Hasil kerja yang ditunjukkan oleh murid-murid juga agak memuaskan. Mereka turut berasa seronok serta berpuas hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti P&P pada hari ini.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Muzik
Tajuk : 4. Kraf
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri, Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan kraf kipas tangan
Nilai : Keberanian, kerjasama, berterima kasih dan kerajinan.
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi |
- Murid menonton tayangan video tarian kipas. -Murid mendengar penerangan guru tentang tarian kipas. - Murid melihat contoh kipas seperti yang digunakan dalam tayangan video tersebut. |
VCD tarian kipas Kipas tangan |
|
Langkah 1 |
- Murid mendengar penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. - Murid melihat beberapa kipas tangan pelbagai warna yang diletakkan di atas meja. - Murid mengambil satu bilah kipas tangan untuk dilihat. - Murid cuba menggunakan kipas tangan tersebut. - Murid membantu guru menggantung kipas tangan di papan putih sebagai contoh hasil kerja. |
Kipas tangan Pita pelekat |
|
Langkah 2 |
- Murid mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kipas tangan dari meja guru. - Murid mendengar arahan tentang langkah-langkah menghasilkan kipas tangan satu persatu. - Murid melakukan aktiviti melipat kipas tangan secara berperingkat dengan bimbingan guru. - Murid membuat lipatan sehingga selesai. |
Kertas A4 |
|
Langkah 3 |
- Murid beratur untuk mengambil gam, gunting dan penebuk lubang. - Murid memilih beberapa keping kertas warna untuk ditebuk. - Murid menghias kipas menggunakan hasil kertas warna yang sudah ditebuk. |
Kertas warna Gam Gunting Penebuk lubang |
|
Penutup
|
- Murid menunjukkan kipas tangan yang telah dihasilkan. - Murid mempamerkan hasil kerja di sudut pameran. |
Hasil kerja murid
|
|
Refleksi :
Aktiviti berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat mengikuti langkah-langkah yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya tayangan video tentang kegunaan kipas tangan tadi, murid-murid dapat menggunakan semula hasil kerja mereka untuk tujuan yang sama. Secara keseluruhannya, murid-murid telah mempamerkan hasil kerja yang memuaskan. Mereka turut berasa seronok serta berpuas hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti P&P pada hari ini.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR TAHUN 2
(MASALAH PENDENGARAN)
Mata Pelajaran dan Kelas : Bahasa Isyarat Komunikasi - Tahun 2
Tema dan Topik : Huruf dan Angka
Masa : 07:20 pagi – 08:20 pagi (1 jam)
Standard Pembelajaran : 1.2 dan 2.1
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. Membentuk dan mengisyaratkan kod angka (1 hingga 50)
ii. Memadankan angka dengan kod isyarat.
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
1. Murid bermain permainan “Nujum Pak Belalang” dan meneka kuantiti di dalam genggaman guru. (Frasa Persediaan)
2. Murid menyusun kad angka secara menaik dan menurun di papan tulis.(Frasa Imaginasi)
3. Murid mengisyaratkan nombor puluh, ratus dan ribu dengan betul. (Frasa Perkembangan)
4. Murid memadankan angka dan isyarat yang betul.(Frasa Tindakan)
EMK : Kreativiti, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahan Bantu Belajar / : Guli, komputer riba, kad angka dan lembaran kerja
Media
Pentaksiran : Menulis jumlah objek di dalam lembaran kerja.
Refleksi :
2 orang murid dapat mencapai standard yang ditetapkan sementara 1 orang murid lagi akan diberi pemulihan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu
Tajuk : 1. Kemahiran Mendengar
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 1.2 Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan/benda
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat membunyikan 3 daripada 4 bunyi kenderaan.
Nilai : Kerjasama
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi |
- Murid mendengar bunyi siren ambulans. - Murid meneka bunyi yang didengar. |
Pita rakaman |
|
Langkah 1 |
- Murid melihat gambar kenderaan yang ditunjukkan. -Murid menamakan gambar kenderaan yang dilihat. |
Kad gambar
|
|
Langkah 2 |
-Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi kenderaan. -Murid mengajuk bunyi yang didengar. -Murid meneka jenis kenderaan berdasarkan bunyi. |
Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan |
|
Langkah 3 |
-Murid menunjukkan model/gambar kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan. |
Model/gambar Pita rakaman |
|
Langkah 4 |
-Murid melakonkan aksi memandu kenderaan sambil membunyikannya. -Murid meneka jenis kenderaan yang dipandu. |
Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan |
|
Langkah 5 |
-Murid dibahagi kepada 2 kumpulan: i. Kumpulan A : Menunjukkan model kenderaan ii. Kumpulan B : Membunyikan bunyi kenderaan |
Kad gambar
|
|
Langkah 6 |
-Murid mewarna gambar kenderaan berdasarkan contoh yang ditunjukkan. |
Lembaran kerja |
|
Penutup |
-Murid mendengar lagu ‘Kereta Kecilku’ -Murid menyanyikan lagu tersebut sambil bertepuk tangan. |
Model kenderaan |
|
Refleksi :
Aktiviti P&P berjalan seperti yang dirancang. Murid-murid dapat meniru bunyi kenderaan berdasarkan kad gambar yang guru tunjukkan. Ada sebilangan murid yang masih keliru dengan bunyi yang dimainkan dalam pita rakaman. Bagaimanapun, mereka dapat mengenal jenis-jenis kenderaan kerana sudah selalu melihat kenderaan di jalan raya. Secara keseluruhannya, murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberi melalui bimbingan serta bantuan guru.