Bekas menyimpan telur yang tidak digunakan lagi seringkali dibuang dan dibakar begitu sahaja. Apa salahnya mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan kepuasan dan keseronokan menggunakan bahan terpakai ini. Bekas telur boleh direka semula menjadi bunga hiasan. Selain mudah dan menarik, aktiviti ini tidak memerlukan kos bahan yang banyak.
...Pembaca budiman! Terima kasih atas kesudian anda menatap blog ini. Saya terhutang budi kepada anda,kerana tanpa kalian semua blog ini tiada erti apa-apa. Ia jadi bermakna kalau anda memaknakannya.Sekalipun kita tidak mengenali antara satu sama lain, namun kita sebenarnya saling memerlukan...
Sunday, 11 December 2011
PROJEK PAPAN PINTU GERBANG
Friday, 18 November 2011
Hasil Kerja Murid - CONTOH KOLAJ
Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik kolaj boleh dihasilkan tanpa menggunakan bahan-bahan asas. Dalam penghasilan catan juga boleh menggunakan teknik kolaj dengan menggunakan media campuran.
Bahan–bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan kolaj ialah seperti carikan kertas, keratan akhbar, kepingan besi , cebisan kain/perca dan juga kepingan–kepingan nipis yang lain. Ciri-ciri teknik kolaj ialah mengumpul dan menampal bahan kutipan ke permukaan lukisan atau catan untuk menghasilkan reka bentuk dan kesan tertentu.
Wednesday, 16 November 2011
Contoh RPH KSSR PENDIDIKAN KHAS
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Seni Visual
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Tajuk : 1. Melukis dan menggambar
Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 1.6 Melukis menggunakan alatan seni lukis
Standard Pembelajaran : 1.6.2 Melukis menggunakan unsur seni dengan alatan seni lukis
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal nama buah-buahan serta
menunjukkan hasil kerja kepada guru dan rakan-rakan.
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan, bertanggungjawab, bersyukur dan kerajinan.
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi | - Guru memberikan teka-teki yang mudah berkaitan buah-buahan kepada murid. - Teka-teki untuk murid; Apakah nama buah yang mempunyai banyak duri? Buah apakah yang mempunyai mahkota di atas kepalanya? - Murid diberi penerangan tentang buah-buahan berdasarkan teka-teki tadi. - Murid diberi penerangan tentang khasiat yang terkandung dalam buah-buahan. | Carta gambar | |
Langkah 1 | - Murid ditunjukkan model buah-buahan plastik seperti epal, oren, pisang, durian dan sebagainya. - Murid diminta melihat dan menceritakan serba ringkas ciri-ciri yang terdapat pada buah-buahan yang ditunjukkan. Contohnya jenis warna dan rasa buah-buahan tersebut. - Murid akan memberitahu ciri-ciri tersebut berdasarkan model buah yang ditunjukkan. | Model buah Carta gambar | |
Langkah 2 | - Murid berada di tempat duduk masing-masing. - Guru menampal beberapa keping carta gambar buah-buahan pada papan tulis. - Murid dikehendaki melukis serta mewarnakan gambar berdasarkan contoh yang ditunjukkan. - Guru mengedarkan kertas lukisan. - Murid menyiapkan lukisan untuk dipamerkan. | Kertas lukisan Pensel warna | |
Langkah 3 | - Murid mempamerkan lukisan yang telah siap kepada guru serta rakan-rakan. - Murid menyebut nama buah yang telah siap dilukis dan diwarnakan. | Hasil kerja murid Model buah Carta gambar | |
Penutup | - Murid menyanyikan lagu ‘Buah-buahan’ sambil melakukan aksi bentuk buah-buahan bersama guru. | Model buah |
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Muzik
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Tajuk : 4. Kraf
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Fizikal dan Estetika
Standard Kandungan : 4.2 Menghasilkan kraf menggunakan bahan yang mudah diperolehi
Standard Pembelajaran : 4.2.1 Membuat kraf kipas tangan
Tunjang lain yang disepadukan : Keterampilan Diri, Kerohanian, Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menghasilkan kraf kipas tangan
Nilai : Keberanian, kerjasama, berterima kasih dan kerajinan.
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi | - Murid menonton tayangan video tarian kipas. -Murid mendengar penerangan guru tentang tarian kipas. - Murid melihat contoh kipas seperti yang digunakan dalam tayangan video tersebut. | VCD tarian kipas Kipas tangan | |
Langkah 1 | - Murid mendengar penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. - Murid melihat beberapa kipas tangan pelbagai warna yang diletakkan di atas meja. - Murid mengambil satu bilah kipas tangan untuk dilihat. - Murid cuba menggunakan kipas tangan tersebut. - Murid membantu guru menggantung kipas tangan di papan putih sebagai contoh hasil kerja. | Kipas tangan Pita pelekat | |
Langkah 2 | - Murid mengambil bahan-bahan untuk menghasilkan kipas tangan dari meja guru. - Murid mendengar arahan tentang langkah-langkah menghasilkan kipas tangan satu persatu. - Murid melakukan aktiviti melipat kipas tangan secara berperingkat dengan bimbingan guru. - Murid membuat lipatan sehingga selesai. | Kertas A4 | |
Langkah 3 | - Murid beratur untuk mengambil gam, gunting dan penebuk lubang. - Murid memilih beberapa keping kertas warna untuk ditebuk. - Murid menghias kipas menggunakan hasil kertas warna yang sudah ditebuk. | Kertas warna Gam Gunting Penebuk lubang | |
Penutup | - Murid menunjukkan kipas tangan yang telah dihasilkan. - Murid mempamerkan hasil kerja di sudut pameran. | Hasil kerja murid |
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR TAHUN 2
(MASALAH PENDENGARAN)
Mata Pelajaran dan Kelas : Bahasa Isyarat Komunikasi - Tahun 2
Tema dan Topik : Huruf dan Angka
Masa : 07:20 pagi – 08:20 pagi (1 jam)
Standard Pembelajaran : 1.2 dan 2.1
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. Membentuk dan mengisyaratkan kod angka (1 hingga 50)
ii. Memadankan angka dengan kod isyarat.
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
1. Murid bermain permainan “Nujum Pak Belalang” dan meneka kuantiti di dalam genggaman guru. (Frasa Persediaan)
2. Murid menyusun kad angka secara menaik dan menurun di papan tulis.(Frasa Imaginasi)
3. Murid mengisyaratkan nombor puluh, ratus dan ribu dengan betul. (Frasa Perkembangan)
4. Murid memadankan angka dan isyarat yang betul.(Frasa Tindakan)
EMK : Kreativiti, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahan Bantu Belajar / : Guli, komputer riba, kad angka dan lembaran kerja
Media
Pentaksiran : Menulis jumlah objek di dalam lembaran kerja.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Tajuk : 1. Kemahiran Mendengar
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 1.2 Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan/benda
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat membunyikan 3 daripada 4 bunyi kenderaan.
Nilai : Kerjasama
LANGKAH | AKTIVITI | BBM | CATATAN |
Set Induksi | - Murid mendengar bunyi siren ambulans. - Murid meneka bunyi yang didengar. | Pita rakaman | |
Langkah 1 | - Murid melihat gambar kenderaan yang ditunjukkan. -Murid menamakan gambar kenderaan yang dilihat. | Kad gambar | |
Langkah 2 | -Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi kenderaan. -Murid mengajuk bunyi yang didengar. -Murid meneka jenis kenderaan berdasarkan bunyi. | Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan | |
Langkah 3 | -Murid menunjukkan model/gambar kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan. | Model/gambar Pita rakaman | |
Langkah 4 | -Murid melakonkan aksi memandu kenderaan sambil membunyikannya. -Murid meneka jenis kenderaan yang dipandu. | Pita rakaman/ VCD/DVD bunyi kenderaan | |
Langkah 5 | -Murid dibahagi kepada 2 kumpulan: i. Kumpulan A : Menunjukkan model kenderaan ii. Kumpulan B : Membunyikan bunyi kenderaan | Kad gambar | |
Langkah 6 | -Murid mewarna gambar kenderaan berdasarkan contoh yang ditunjukkan. | Lembaran kerja | |
Penutup | -Murid mendengar lagu ‘Kereta Kecilku’ -Murid menyanyikan lagu tersebut sambil bertepuk tangan. | Model kenderaan | |
Subscribe to:
Posts (Atom)